Sunday, June 5, 2011

THE NEW CHAPTER OF MY LIFE

21/5/2011 bermulalah perjalanan baru dalam hidupku di mana aku kini bergelar seorang mahasiswi di salah sebuah institut pengajian tinggi di Terengganu. Aku ditempatkan di UiTM Dungun, Terengganu. Macam-macam perasaan telah bermaharajalela dalam diriku ini. Ada seronok, sedih, takut dan macam-macam lagi. Almaklumla tempat aku jauh dari keluarga dan memerlukan aku berdikari 100%. Yang ada hanyalah kawan-kawan baru yang datang dari pelbagai pelosok negeri. Aku masih ingat lagi wajah kedua ibu bapaku saat ingin menghantarku. Aku tahu mereka gembira sebab aku dapat melanjutkan pelajaran ke university yang mana menjadi impian setiap pelajar. Alhamdulillah aku sangat bersyukur kerana aku antara insan terpilih yang dapat melanjutkan pelajaran di sini. Aku tahu dalam kegembiraan mereka, mereka juga berasa berat hati untuk meninggalkan aku bersendirian di sini. Tapi aku terpaksa pergi demi untuk mencari ilmu Allah yg terbentang di depan mata. Aku akan pastikan aku akan membawa pulang segulung ijazah untuk mereka. Itu sahaja cara yang mampu aku lakukan untuk membalas jasa mereka walaupun aku tahu jasa mereka tak mungkin akan dapat aku balas walau dengan nyawa sekali pun. Aku akan sentiasa ingat pesan mereka. Solat jangan lupa dan sentiasa ingat matlamat utama datang ke sini. Tidak ada yang lain melainkan ingin menuntut ilmu. Aku tidak mahu menghampakan harapan mereka. Mereka terlalu mengharapkan aku. Akulah pembuka jalan kepada adik-adikku.

Selama seminggu kami semua menjalani Minggu Destini Siswa (MDS). Dalam masa seminggu ni memang kami semua didera sedikit. Hidup pun tidak teratur sangat. Kami semua perlu mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang oleh PMDS. Pergerakan kami semua perlukan larian dalam jarak yang jauh . Sebelum itu, ingin aku menceritakan serba sedikit tentang kampus di Dungun ini. Kampus ni dikenali sebangai kampus resort n kampus berbasikal. Kampus ni sangat-sangat menarik. Kenapa aku cakap menarik??sebabnyakan ni la kampus yang paling tenang sekali. Depan kampus ada pantai, tengah-tengah ada tasik, belakang ada bukit. Menarikkan?? Korang ada?? Berbalik pada cerita MDS tadi. Banyak yang aku dapat. Antaranya akak-akak n abg-abg senior yang baik even bagi sesetengah orang diorang evil. Tapi bg aku diorg sangat-sangat baik kerana diorg la yang akan membantu junior-junior kat sini. Bagi aku setakat lari sikit-sikit ni x de hal lah. Kata nak masuk PALAPES en?? So setakat bende yang kecik-kecik nie mmg aku x kesah pun. Pergerakan kitorg sume dalam kumpulan. Melalui kumpulan ni la aku dapat jumpe ramai kawan. Macam-macam ada. Dari utara sampai la ke selatan. Pilih je yang mana nak. Tapi kat sini majoriti dari Kelantan & Terengganu. Tapi dari Selangor pun ramai jugak la. Tapi satu aku pelik kat sini. Mungkin bagi orang lain tak pelik kot. Aku je yang pelik sikit. Setiap pensyarah or orang2 atasan nak mula cakap je mesti diorg cakap pasal jodoh kat university nie. Mungkin sekarang dh tiba masa untuk fikir pasal semua tu kot. Tambahan pulak masing2 dah besar dan matang. Tapi yg syoknye senior2 kt sini sume hensem2. Pilih je yang mana nak. Tapi x tau la ade respond ke tak. Aku pun x terkecuali la. Usha jugak senior2 nie tapi bukan laki je aku usha, pompuan skali la. Nanti nak mintak tolong senang. Aku ni jenis yg cepat suka dekat seseorang. Tapi untuk jatuh cinta tidak sama sekali.perjalanan hidup aku masih jauh. Banyak bende yang perlu aku capai perlu capai dalam hidup ini. Tapi aku juga tak lepas peluang untuk mohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang soleh n pandai agar dapat membimbing aku dan anak-anak nanti. Kalau dapat tentera lagi la best. Kawin lalu bawah pedang nanti.hahahah. aku dah mula merepek. Tapi bila fikir balik bende ni memang penting. Tambahan pulak zaman sekarang ni. Untuk cari seorang lelaki yg betul2 berkualiti sangat la susah.

Sekarang aku nak cerita pasal kawan-kawan dekat sini pulak. Roomate aku Liyana (KL) & Syazana (Kelantan). Tapi kitorg x de la rapat sangat. Aku lebih rapat dgn group 12. Nama pun satu kumpulan. Even MDS dah habis, kitorg masih lagi rapat. Mana2 pergi mesti sama2. Ahli2nya Ida, Fika, Izzah, Uyun, Su. Kitorg selalu buat pape pun or pegi mana2 mesti sekali. Memang best la dengan diorang. Sekarang nie kelas dah mula. Tapi aku masih lagi belum pegi kelas sebab jadual group D x naik lagi. So buat bodoh je la. Aku, Ika n Rawdah dah bosan. Asik nak kene tgk board je. Ika ngn Wardah nie satu kos n satu group ngn aku, CS110. Orang pegi kelas aku melepak je la kat bilik. Dah x de bende nak buat. Malam ni (31/5/2011) x sabar aku ade meeting PALAPES. Suke2!! Yang tu la yang paling aku nanti2kan.

Terima kasih diucapkan kepada akk2 n abg2 OC. Especially pd kak Warda & kak Aisyah selaku OC yang menjaga group kitorg. Sayang akk!!

p/s~mood baru, azam baru

No comments:

Post a Comment

amal93. Powered by Blogger.

VISITORS

Free Counter

About Me

FOLLOWERS

BLOG ACHIEVER

n

MUTIARA KATA

HARI INI

SEMBANG2 JOM

My Blog List

SOALAN


My Family who always support me...

Prefect's teacher yg mengajarku menjadi seorang pemimpin...

Princess of 5SC1...will miss u...

as my inspiration to be a military...