Thursday, December 30, 2010

MENGHUBUNGKAN TALI PERSAUDARAAN

     Islam mengharamkan orang muslim berlaku kasar kepada saudaranya, memutuskan hubungan dan menjauhinya. Islam tidak memperkenankan seorang muslim menjauhi saudaranya, kecuali dalam batas waktu tiga hari, selepas itu mereka harus berusaha memperbaiki, menjernihkan suasana dan mengatasi perasaan kemarahan sebagai penyebab terjadinya permusuhan.


     Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak halal seorang muslim menjauhi saudara lebih dari tiga hari. Jika telah lewat waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah salam jika dia telah menjawab salam, maka kedua-duanya sama-sama mendapat pahala, dan jika dia tidak membalasnya, maka sungguh dia kembali dengan membawa dosa, sedangkan orang yang memberi salam telah keluar dari dosa kerana menjauhi hal itu." (HR. Abu Daud)


     Lebih jauh dari itu, haram hukumnya memutuskan hubungan silaturrahim terhadap keluarga. Dalam Islam diwajibkan untuk menyambungnya dan melindungi kehormatannya. Firman Allah SWT yang bermaksud : " dan takutlah kamu kepada Allah yang padaNya kamu meminta dan jagalah keluarga kerana sesungguhnya Allah Maha Mengawasi atas kamu." (An-Nisa' :1)


     Rasulullah SAW menggambarkan nilai silaturrahim ini dalam sabdanya : "Kekeluargaan tergantung di Arys, ia akan berkata : "Barang siapa menghubungiku, maka Allah pun akan menghubunginya, dan barangsiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya." (HR, Bukhari & Muslim)


     Bukanlah yang bermaksud silaturrahim yang wajib itu sekadar seorang kerabat menghubungi dan berbuat baik kepada yang lain, sebab ini adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan. Akan tetapi yang dimaksudkan silaturrahim yang wajib ialah tetap menghubungi keluarga-keluarganya sekalipun mereka itu menjauhinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Bukanlah orang yang menghubungi keluarga itu orang yang menjamin, tetapi yang dinamakn orang yang menyambung kekeluargaan ialah apabila keluarganya itu memutuskan dia, maka dia tetap menghubunginya," (HR. Bukhari dan Muslim)


     Rasulullah SAW pernah menjauhi tiga orang sahabatnya yang tidak mahu ikut dalam Perang Tabuk selama lima puluh hari sehingga bumi ini menjadi sempit bagi mereka, kerana tidak ada seorang pun yang mahu bergaul dan memberi salam kepada mereka. Begitulah Allah menurunkan ayat tentang diterimanya taubat mereka.


     Di samping itu perlu disedari, bahawa memutuskan hubungan silaturrahim itu akn dapat menghalang pengampunan dosa dan rahmat Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Pintu-pintu syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis, kemudian Allah akan memberikan pengampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan Allah sedikitpun kecuali seorang lelaki yang ada perpisahan antara dia dengan saudaranya. Maka Allah SWT berfirman : "Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai,"
(HR. Muslim)


     Kalau seseorang itu berada di pihak yang benar, maka pihak yang bersalah datang memohon maaf, dan dia harus memberi maaf. Dengan demikian selesailah persengketaan dan haram hukumnya menolak permohonan maaf saudaranya itu. Bagi orang yang enggan memberikan maaf, Rasulullah SAW memberikan ancaman, bahawa kelak di hari kiamat tidak akan masuk syurga. (HR. Ahmad)

fuh panjang sungguh entry aku kali nie...walaupun dah larut malam aku gagahkan juga menulis entry ini demi sebuah persahabatan...pergaduhan memang akan terjadi walau di mana-mana sahaja kita berada...tidak kira sama ada golongan kanak2, remaja mahu pun orang tua...dalam ape2 perhubungan x kira hubungan antara ahli keluarga, percintaan mahu pun persahabatan nilai yang paling penting yang harus diamalkan ialah sikap bertolak ansur...kita mmg x akan dapt lari dari berlakunya pergaduhan...kene sentiasa igt mengalanh x semestinye kite kalah...

p/s~aku harap entry nie dapat memulihkan kembali persahabatan yg goyah ini...maaf kerana dgn cara nie je aku boleh membantu kerana aku x tahu duduk perkara yang sebenar...andai korang sume bace blog aku nie aku harap korg akan fikirkan kembali masalah korg n cari jln penyelesaian...

3 comments:

  1. wohoooooo!!! amal drpd tentera, lebih baik ko jadi hakim!! hahahaha

    ReplyDelete
  2. sha~Alhamdulillah korg sume dh baik...lega sikit...kalau x gundah gulana diriku ini melihat kalian begitu...ceh ayt x leh bla tul...

    syadzwan~no, no, no, no military always in my heart okey...

    ReplyDelete

amal93. Powered by Blogger.

VISITORS

Free Counter

About Me

FOLLOWERS

BLOG ACHIEVER

n

MUTIARA KATA

HARI INI

SEMBANG2 JOM

My Blog List

SOALAN


My Family who always support me...

Prefect's teacher yg mengajarku menjadi seorang pemimpin...

Princess of 5SC1...will miss u...

as my inspiration to be a military...