Saturday, May 19, 2012

PENYAKIT HATI

Penyakit hati. Penyakit ini la yang sgt ditakuti. Jika penyakit ini terus menular dalam diri kita akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita. Oleh itu kita perlulah merawat penyakit hati ini. Antara cara-cara untuk merawat penyakit hati ini adalah:

1. Tidak banyak bercakap
Ketahuilah bahawa banyak bercakap boleh menjadikan hati kita menjadi keras. Bercakaplah pada perkara-perkara yang penting sahaja. Elakkan dari bercakap perkara-perkara kosong yang tidak mendatangkan apa-apa faedah pada diri kita.


2. Jaga emosi dan nafsu
Seperti yang kita tahu emosi dan nafsu banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kita seharusnya mengawal dua perkara ini yang selalu menjadi punca kepada berlakunya permasalahan dalam diri kita. Kadang-kadang perkara yang kecil juga mampu menjadi besar disebabkan dua perkara ini yang menguasai diri kita.


3. Selalu mengingati Allah
Apa-apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita, janganlah kita lupakan pada Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Pada dia kita bergantung harap. Apa-apa yang berlaku semuanya adalah perancangan dari Dia. Apa-apa yang berlaku sama ada yang baik atau yang buruk semuanya ada hikmahnya. Cuma masa yang menentukan sama ada kita akan mendapatkan hikmahNya dalam tempoh yang terdekat atau lambat. Ingatlah sentiasa padaNya. Solat 5 waktu jangan ditinggalkan kerana itulah penghubung kita denganNya. Jangan lupa tambahkan amalan2 sunat yang lain.


4. Jangan bergaul dengan orang yang ada penyakit hati
Jika kita berkawan dengan orang yang ada penyakit hati, kemungkinan untuk kita mendapat penyakit yang sama juga tinggi. Dia mungkin akan menyakitkan kita dan akan membawa kita jauh dari jalan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Aku mendapat ilham ini setelah aku terbaca di blog ini. Kadang-kadang aku terfikir adakah aku juga mempunyai penyakit ini?? Mungkin tanpa kita sedari penyakit itu ada dalam diri kita ini. Untuk mengubatinya perlulah kita mengamalkan semua yang telah aku katakan tadi. Aku hanya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekaligus dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Sudah cukup la blog nie menjadi tempat luahan perasaan padaku. Lebih baik aku menggunakannya untuk membuat kebaikan pada orang lain. Aku juga insan yang lemah yang perlukan sokongan dari orang sekeliling. Walau pun orang sekeliling memandangku dengan menganggap aku seorang yg kuat. Tapi tidak sebenarnya. Aku masih memerlukan sokongan dari orang sekelilingku untuk aku meneruskan kehidupan aku ini.

p/s~hanya padaMu tempat aku bergantung Ya Allah..:'(

No comments:

Post a Comment

amal93. Powered by Blogger.

VISITORS

Free Counter

About Me

FOLLOWERS

BLOG ACHIEVER

n

MUTIARA KATA

HARI INI

SEMBANG2 JOM

My Blog List

SOALAN


My Family who always support me...

Prefect's teacher yg mengajarku menjadi seorang pemimpin...

Princess of 5SC1...will miss u...

as my inspiration to be a military...